PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH PAPAR
MAJLIS DAERAH PAPAR menggariskan 25 PIAGAM meliputi semua bahagian / unit bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan demi memenuhi kehendak pelanggan.
Kami bekerja dalam satu pasukan dengan penuh dedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, amanah, berkualiti dan mesra.
IKRAR KAMI ADALAH ;
1)	Kami akan memberi layanan yang cekap, bertanggungjawab, amanah bersopan santun dan mesra apabila pelanggan berurusan dengan kami di pejabat, kaunter pembayaran atau melalui telefon demi kepentingan awam ;
2)	Memberi layanan mesra dan memuaskan,  prihatin terhadap semua aduan awam. Mengambil tindakan dan memaklumkan penyelesaian dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja dari tarikh surat diterima ;
3)	Memastikan keindahan, keceriaan dan kebersihan di seluruh kawasan pekan terpelihara dari semasa ke semasa ;
4)	Memastikan kutipan sampah dilaksanakan secara cekap, teratur dan dibuat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam seminggu sepertimana yang ditetapkan dalam jadual ;
5)	Memastikan pemotongan rumput, pembersihan parit / longkang dilakukan dengan sempurna dan teratur mengikut jadual yang ditetapkan ;
6)	Memproses permohonan lesen operasi dalam tempoh dua (2) hingga tiga (3) bulan waktu bekerja tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat jabatan teknikal yang berkaitan ;
7)	Memproses permohonan / pembaharuan lesen perniagaan dan mengeluarkan MEMO SOKONGAN dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari waktu bekerja tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan ;
8)	Memastikan kadar tahunan bagi taksiran cukai pintu dinilai dalam tempoh satu (1) bulan setelah Sijil Menduduki Bangunan (OC) dikeluarkan ;
9)	Melaksanakan kerja-kerja penilaian semula harta benda bercukai Majlis Daerah Papar dan menyampaikan keputusan bantahan ke atas nilai taksiran kepada pemilik dalam tempoh enam (6) bulan ;
10)	Memastikan bayaran kepada Jabatan dan agensi kerajaan, kontraktor, firma dan orang perseorangan dibayar dalam tempoh empat belas
(14) hari selepas tuntutan yang lengkap diterima ;
11)	Memastikan waktu beroperasi bagi KAUNTER PEMBAYARAN adalah seperti berikut :-
Isnin – Khamis:	8.00 pagi – 3.00 petang
Jumaat:	8.00 pagi -10.30 pagi
	       2.00 petang – 3.00 petang
12)	Memastikan waktu beroperasi bagi KAUNTER PERTANYAAN / KAUNTER OKU adalah seperti berikut :-
Isnin – Khamis:	8.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat:	8.00 pagi -11.30 pagi
	       2.00 petang – 5.00 petang
13)	Memberikan layanan adil kepada pelanggan yang berurusan di kaunter pembayaran dengan penggunaan sistem nombor giliran yang lebih sistematik dan teratur ;
14)	Membuat semakan rekod pembayaran dalam tempoh sepuluh (10) minit dan mengeluarkan resit pembayaran hasil dalam tempoh lima
(5) minit tertakluk maklumat yang diperlukan adalah lengkap ;
15)		Menguruskan perakaunan dengan penyediaan akaun bulanan, penyediaan akaun tahunan, penyediaan penyata penyesuaian bank dan pengurusan simpanan Majlis;
16)	Memastikan pemilik harta dan lesen menerima notis tunggakan hasil mengikut jadual yang ditetapkan ;
 
17)	Menyediakan dan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam dan infrastruktur dari semasa ke semasa ;
18)	Menguatkuasakan Undang-Undang Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, Undang-Undang Kecil Majlis Daerah Papar, Pekeliling-Pekeliling dan peraturan-peraturan dari semasa ke semasa ;
19)	Menyampaikan keputusan Pelan Kemajuan (selepas mesyuarat) kepada pemaju dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja ;
20)	Memproses dan meluluskan permohonan pelan pembangunan dan pelan bangunan, bangunan persendirian / perniagaan dalam tempoh enam (6) bulan BERMULA dari tarikh Kebenaran Merancang dikeluarkan oleh Majlis Perancang Negeri (MPN) ;
21)	Memproses permohonan pengeluaran Sijil Menduduki (O.C) dalam tempoh lapan (8) minggu berasaskan laporan pemeriksaan yang diterima (Findings) dan tertakluk kepada semua syarat teknikal dipatuhi ;
22)	Mengeluarkan surat pengesahan luar kawasan operasi Majlis Daerah Papar dalam tempoh satu (1) hari waktu bekerja dari tarikh permohonan diterima ;
23)	Memastikan surat-surat yang diterima didaftarkan, diedarkan dan diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari waktu bekerja ;
24)	Memberi panduan dan maklumat yang tepat mengenai latar belakang, bidang kuasa serta peranan Majlis Daerah Papar ;
25)	Memproses dan meluluskan pelan pembahagian tanah / sempadan dalam tempoh tiga (3) bulan SETELAH MEMATUHI syarat-syarat dan keperluan jabatan-jabatan teknikal ;
26)	Memproses dan meluluskan pelan sambungan / ubahsuai rumah dalam tempoh satu (1) bulan setelah mematuhi syarat-syarat dan keperluan jabatan-jabatan teknikal ;
27)	Memproses permohonan pindah milik premis / alamat perniagaan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja DENGAN SYARAT semua tunggakan telah dijelaskan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.
Disediakan oleh : Bahagian Pentadbiran MD Papar Tarikh kemaskini : 07 Februari 2024