
PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH PAPAR
PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH PAPAR
MAJLIS DAERAH PAPAR menggariskan 25 piagam meliputi semua bahagian/ unit bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan demi memenuhi kehendak pelanggan.Kami bekerja dalam satu pasukan dengan penuh dedikasi untuk memberikanperkhidmatan yang cekap, amanah, berkualiti dan mesra. IKRAR KAMI ADALAH:
1) Kami adakan memberi layanan yang cekap bertanggungjawab, amanah bersopan santun dan mesra apabila pelanggan berurusan dengan kami di pejabat, kaunter pembayaran atau melalui telefon demi kepentingan awam
2) Memberi layanan mesra dan memuaskan, prihatin terhadap semua aduan awam. Mengambil tindakan dan memaklumkan penyelesaian dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekera dan tarikh surat diterima;
3) Memastikan keindahan, keceriaan dan kebersihan di seluruh kawasan pekan terpelihara dari semasa ke semasa
4) Memastikan kutipan sampah dilaksanakan secara cekap, teratur dan dibuat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam seminggu sepertimana yang ditetapkan datam jadual:
5) Memastikan pemotongan rumput pembersihan parit/ longkang dilakukan dengan sempurna dan teratur mengikut jadual,.vang ditetapkan;
6) Memproses permohonan lesen operasi dalam tempoh dua (2) hingga tiga (3) bulan waktu bekekerja tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat jabatan teknikal yang berkaitan;
7) Memproses permohonan / pembaharuan lesen perniagaan dan mengeluarkan Memo Sokongan dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari waktu bekeria tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan;
8) Memastikan kadar tahunan bagi taksiran cukai pintu dinilai dalam tempoh satu (1) bulan setelah Sijil Menduduki Bangunan (OC) dikeluarkan:
9) Melaksanakan kerja-kerja penilaian semula harta benda bercukai Majlis Daerah Papar dan menyampaikan keputusan bantahan ke atas nilai taksiran kepada pemilik dalam tempoh enam (6) bulan:
10) Memastikan bayaran kepada Jabatan dan agensi kerajaan. kontraktor, firma dan orang perseorangan dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tuntutan yang lengkap diterima
11) Memastikan kaunter pembayaran dibuka pada waktu-waktu berikut:-
.png)
12) Memberikan layanan adil kepada pelanggan yang berurusan di kaunter pembayaran dengan penggunaan sistem nombor alliran yang teratur:
13) Membuat semakan rekod pembayaran dalam tempoh sepuluh (10) minit dan mengeluarkan resit pembayaran hasil dalam tempoh lima (5) minit tertakluk maklumat yang diperlukan adalah lengkap;
14) Menguruskan perakaunan dengan penyediaan akaun bulanan penyediaan akaun tahunan, penyediaan penyata penyesuaian bank dan pengurusan simpanan Majlis;
15) Memastikan pemilik harta dan lesen.menerima.notis tunggakan hasil mengikut jadual yang ditetapkan;
16) Menyediakan dan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam dan infrastruktur dari semasa ke semasa;
17) Menguatkuasakan Undang-Undang Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Undang- Undang Kecil Majlis Daerah Papar, Pekeliling- Pekeliling dan peraturan-peraturan dari semasa ke semasa.
18) Memproses dan meluluskan permohonan pelan pembangunan/pelan bangunan, bangunan persendirian/perniagaan dalam tempoh tiga (3) bulan DENGAN SYARAT ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap, telah diperakui dan mematuhi keperluan jabatan-jabatan teknikal;
19) Memproses permohonan pengeluaran Sijil Menduduki (Q.C) dalam tempoh lapan (8) minggu berasaskan laporan pemeriksaan yang diterima (Findings) dan tertakluk kepada semua syarat teknikal dipatuhi;
20) Mengeluarkan surat pengesahan luar kawasan operasi Mailis Daerah Papar dalam tempoh satu (1) hari waktu bekerja dari tarikh permohonan diterima
21) Memastikan surat-surat yang diterima didaftarkan, diedarkan dan diselesaikan kuasa serta peranan Majlis Daerah Papar;
dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari waktu bekerja
22) Memberi panduan dan maklumat yang tepat mengenai latar belakang, bidang kuasa serta peranan Majlis Daerah Papar
23) Memproses dan meluluskan pelan pembahagian tanah./sempadan dalam tempoh lima (5) bulan setelah mematuhi syarat-syarat dan keperluan jabatan-jabatan teknikal
24) Memproses dan meluluskan pelan sambungan ubahsuai rumah dalam tempoh satu (1) bulan setelah mematuhi syarat-syarat dan keperluan jabatan-jabatan teknikal:
25) Memproses permohonan pintah milik premis / alamat perniagaan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja DENGAN SYARAT semua tunggakan djelaskan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap
Disediakan Bahagian Pentadbiran MD Papar Tarikh kemaskini: 07 Januari 2012